MYUNIVERSITY

Ada Semalam Yang Telah Kita Tinggalkan, Ada Hari Ini Yang Sedang Kita Cari, Ada Esok Yang Akan Nanti...
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Lelaki dan Bulan Kelahiran

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Naib Cancelor
Admin


Posts : 44
Join date : 2008-03-13
Age : 36
Location : ampang

PostSubject: Lelaki dan Bulan Kelahiran   Tue Mar 18, 2008 12:48 am

Januari

Lelaki yang dilahirkan dalam bulan ini sebenarnya mudah jatuh cinta,
tetapi mudah juga melupakannya sekiranya dikhianati. Dia pandai
mengambil hati walaupun selalu berdiam diri ketika bertemu. Walaupun romantik dia tidak pandai memperlihatkannya. Kuat cemburu tetapi tidak kisah sekiranya pasangannya cemburu terhadapnya. Untungnya, dia bakal bapa penyayang. Mempunyai ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh melakukan sebarang kerja.

Februari

Lelaki Febuari sukar jatuh cinta, namun jika berpasangan dia amat menghormati pasangannya dan pandai memikat pasangan dengan pelbagai cara. Bersifat jujur dan berterus terang dalam perhubungan, dia sentiasa setia bersama pasangannya dan sangat romantik secara dalaman. Maksudnya, hanya pasangannya sahaja yang tahu. Dia patuh dan selalu menjaga hati pasangan. Anda pasti teruja kerana dia sangat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

Mac

Mereka yang dilahirkan dalam bulan ini mudah menawan hati pasangan dan sentiasa ingin didampingi. Yang menariknya, mereka sangat pemalu meluahkan isi hati. Apabila sudah dapat, mereka pandai menjaga perhubungan. Usah tinggalkan mereka kerana mereka sukar melupakan pasangan yang dicintai. Mereka kurang cemburu, manja dan sering ingin dimanjai. Bagaimanapun, mereka mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras. Mungkin ada juga yang bosan kerana sentiasa mengharapkan keistimewaan daripada pasangan.

April

Lelaki April amat sukar jatuh cinta. Sudahlah begitu, mereka juga selalu memendam perasaan kerana merasai sukar dan malu meluahkan isi hati. Jika bercinta, mereka sentiasa ingin diberi perhatian dan amat cemburu dalam perhubungan. Ini kerana mereka memiliki kesetiaan teguh terhadap pasangan. Hati-hati, mereka ini agak emosional, cepat terusik dan mudah terluka. Bagaimanapun mereka pandai menjaga hati pasangan dan pandai memujuk selain romantik. Mereka sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.

Mei

Jejaka Mei amat mudah jatuh cinta. Mereka juga baik dan jujur dalam perhubungan selain pandai menarik hati pasangan. Mereka memiliki perasaan cinta yang mendalam, malah mudah dipujuk jika merajuk. Walaupun mudah menerima cinta seseorang, mereka sering membuat pilihan tepat. Anda beruntung kerana mereka sentiasa menjaga hubungan baik. Walaupun mereka pandai mengatur hidup pasangan, mereka bukan King Control.

Jun

Jejaka Jun amat pandai menjaga hati perempuan, dan memahami pasangan. Namun mereka mudah jatuh hati tetapi terlalu memilih kerana cerewet dalam hubungan. Lelaki jenis ini juga selalu beremosi, mudah merajuk namun mudah dipujuk. Mereka sering melindungi pasangan daripada kritikan atau umpatan orang. Anda perlu tahu mereka juga berpotensi menjadi bapa yang baik, asalkan anda pandai memuji mereka.

Julai

Jika anda mencari lelaki yang suka didampingi pasangan, jejaka Julai paling tepat. Namun, mereka sukar dimengerti. Mereka sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan. Mudah dipujuk dan suka berterus terang. Jangan curang kerana mereka amat menghargai kesetiaan pasangan selain rajin mengambil berat dan mengasihi pasangan. Mereka ada kebolehan meluahkan isi hati kepada orang yang dicintai. Jangan sakiti hati mereka kerana mereka mudah terluka dan lambat pulih.

Ogos

Anda suka merajuk? Lelaki Ogos pandai memujuk pasangan. Kalau berjalan-jalan, mereka suka memimpin pasangannya. Ini kerana mereka bersifat romantik, pengasih dan penyayang. Sifat negatif yang dimiliki kelam kabut dalam perhubungan dan sangat sensitif. Mereka mudah meluahkan kata cinta kepada sesiapa yang mereka berkenan di hati.

September

Lelaki yang dilahirkan dalam bulan ini bersifat sopan, bertolak ansur tetapi gemar mengkritik pasangan. Ini kerana sifat prihatin mereka selain sangat sensitif dan emosional. Mereka memahami pasangan walaupun kurang menunjukkan perasaannya. Jangan buat hal kerana mereka sukar melupakannya sekiranya hati terluka. Mereka juga pandai menyimpan perasaan, tetapi suka berterus terang jika perkara itu tidak dipersetujuinya.

Oktober

Suka berkomunikasi, disayangi dan menyayangi pasangan adalah sihat jejaka Oktober. Mereka sopan, jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan. Mereka mudah terluka hati sekiranya pasangan menyinggung perasaan mereka atau melakukan kesalahan terhadapnya. Emosi mereka mudah terusik. Ada sifat pengasih terhadap pasangan. Namun awas, mereka terlalu cemburu walaupun romantik dan memahami pasangan.

November

Mereka sangat cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan. Jaga-jaga, mereka amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa sahaja. Mereka juga agak degil dan kukuh pendirian. Mereka ambil berat terhadap pasangan, memiliki perasaan mendalam namun perangai mereka tidak dapat diramal terhadap pasangannya.

Disember

Jejaka Disember sangat pemurah dan tidak kedekut. Tetapi, mereka mudah jatuh cinta dengan lebih daripada seseorang dalam masa yang sama dan sering tergesa-gesa dalam membina perhubungan. Mereka suka didampingi pasangan tetapi benci apabila dikongkong. Hati-hati, mereka berpotensi berkahwin lebih daripada satu. Mereka juga pandai mempengaruhi pasangan.

_________________
Naib Canselor
Back to top Go down
View user profile http://myuniversity.niceboard.net
 
Lelaki dan Bulan Kelahiran
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» MENYUSUI LELAKI DEWASA MENURUT ISLAM
» Ibadah Hajji boleh dilakukan diluar bulan Zulhijjah. . !
» apakah setan benar-benar dibelenggu di bulan ramadhan
» kisah terbelahnya bulan
» Quran: cahaya Bulan dan Matahari itu berBEDA

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MYUNIVERSITY :: Aduhai Lelaki/Wanita :: Lelaki-
Jump to: